Salam semua.Apa khabar? Doa saya moga semua di luar sana sihat dan berada di bawah lembayung rahmatNYA. Puasa yang dilalui sebulan lalu amat berharga dan telahpun meninggalkan kita. Ramai yang seronok ditinggalkannya sebab kata mereka tidak perlu berlapar dan dahaga.Tapi ramai juga yang bersedih memikirkan adakah sepanjang bulan tersebut berapa banyak amalan yang telah dilaksanakan. Bagi saya, ditinggalkannya membuatkan saya berfikir panjang.Dalam ertikata lain, saya sentiasa berfikir adakah saya telah melakukan yang terbaik? Adakah saya akan ketemu lagi Ramdhan ini di lain tahun? Adakah Ramadhan kali ini memberikan banyak perubahan dalam diri saya. Sungguh semua itu membuatkan saya amat merasa dukacita dan sedih.
Saya melalui Ramadhan kali ini dengan si comel kecil Nuh Shaddad. Ikhlas saya katakan banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya sepanjang Ramadhan ini. Saya ingin sekali memasak sepanjang bulan Ramadhan untuk suami tercinta tetapi akur bahawa ianya hanya berlaku dalam tempoh kurang dari 2 minggu. Alasannya Nuh Shaddad tidak mahu berenggang dengan saya. Bahkan juga turut tidak mahu ditinggalkan. Walaupun saya letakkan dia di dalam "walker" tetapi dia lebih senang berada di dalam dukungan saya. Mahu tidak mahu saya terpaksa juga mendukungnya kerana dia akan menangis sehingga tidak kedengaran suara selagi saya tidak mengangkat dan mendukungnya. Jadi adakah Nuh Shaddad harus dipersalahkan dalam hal saya tidak memasak? Jawapan paling pantas boleh diberikan "YA". Tetapi apabila saya fikir dan kenangkan semula, Nuh tidak seharusnya dipersalahkan kerana dia merupakan seorang bayi yang sedang membesar dan memerlukan perhatian. Lebih-lebih lagi Nuh merupakan anak yang menyusu susu saya sepenuhnya. Maka saya merasakan sayalah yang harus lebih efektif dan teratur.
Untuk mengaitkan tajuk saya dengan cerita yang saya tulis ini :D saya dengan senang hati menyatakan bahawa saya sedang menuju ke arah perubahan yang dimaksudkan. Berubah menjadi seorang yang lebih efektif dan teratur. Bagaimana saya mencapai misi menjadi seorang WAHM @ Working At Home Mom sekiranya saya tidak mula mendisiplinkan diri dengan masa yang ada.24 jam sangat pendek jika dibandingkan dengan kerja yang begitu banyak.Tetapi saya harus pandai mengaturnya. Alangkah berbahagianya menjadi seorang ibu yang dapat melihat anak-anaknya membesar di depan mata. Saya sangat bahagia sambil mata berkelip-kelip membaca coretan ibu-ibu yang berjaya membesarkan anak-anaknya tanpa perlu risau tentang keadaan anak di rumah pengasuh atau taska. Namun dalam masa yang sama masih boleh terus bekerja dan menambah pendapatan di samping membantu suami. Wah..wah..seronok kan apabila kita juga dapat menjadi ibu yang begitu. Sudah ramai wanita-wanita di luar sana yang menjadi ikon dan model yang boleh dicontohi.Saat saya menulis coretan ini sudah tergambar di ruang layar di hadapan komputer saya ini wajah Nuh Shaddad yang sangat gembira berkepit bersama UMInya di rumah.Moga-moga impian saya ini akan tercapai.Doakan ye sahabat semua.

Nuh tidur selepas menangis
No comments:
Post a Comment