Wednesday, May 11, 2011

CERITA PENDEK

Salam semua,

Saya masih di sini. Merenung blog ini setiap hari. banyak yang saya ingin luahkan dan kongsi bersama. Tapi saya manusia biasa. Mempunyai kekurangan dan kelemahan. Saya dibatasi oleh kekangan dan halangan yang tercipta dengan sendirinya apabila saya ingin mula menulis. Saya dibayangi oleh perasaan saya sendiri. Saya tidak pandai bermadah. Saya juga tidak bijak bermain kata. Saya bimbang gaya penulisan atau penceritaan saya kelak menimbulkan prasangka buruk sehingga menimbulkan fitnah yang kurang menyenangkan. Saya bimbang andai kata-kata saya atau perkataan saya bakal menyinggung hati mana-mana pihak. Saya juga risau bila mana cerita saya itu kelak akan di salahertikan. Segala keresahan dan kecelaruan ini timbul bila mana saya melihat begitu banyak sekali mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh para blogger hari ini. Dunia tanpa sempadan menyebabkan manusia lupa dan alpa. 

Saya mahu apa jua yang saya kongsikan semalam, hari ini dan masa hadapan meninggalkan seribu satu kenangan buat saya namun pada masa yang sama memberi manfaat pada semua. Saya tahu ini mungkin satu permulaan. Saya tidak menulis setiap hari walaupun saya mempunyai azam ini di awal tahun yang lalu. Namun blog ini akan tetap hidup sekalipun hanya sebulan sekali mahupun setahun sekali. Ia merupakan tanda aras kepada saya dalam bidang penulisan alam maya ini. Namun, walau apapun yang saya khuatiri saya akan tetap cuba menulis sebaik mungkin. Saya mahu menggunakan kekuatan jari menaip di atas papan kekunci di hadapan saya bagi menggantikan pena dan kertas dalam mencapai misi saya. I.allah.

Semoga kita bertemu lagi