Wednesday, October 26, 2011

ENTRI BISU

Dalam hati, tiada siapa yang tahu.Dalam hati, hanya saya yang tahu. Bila hati berkata-kata, pelbagai rasa yang saya lalui. Namun untuk diluahkan, kegusaran melanda hati ini. Bolehkah ianya difahami oleh manusia lain sepertimana yang kita rasakan. Dan adakah kefahaman itu adalah seperti yang kita kehendaki. Mungkin ya mungkin tidak Tapi tak semua manusia itu berada di tempat yang sama. Boleh mendengar boleh memahami tetapi belum tentu boleh merasai. Rasa simpati rasa empati namun tidak sedalam rasa itu. Hanya DIA yang maha mengetahui. KepadaNYA kuluahkan rasa ini, agar saya tahu bahawa DIA sentiasa bersama dengan saya...

Tuesday, October 4, 2011

Pernahkah kita dengar
Tumbuhan yang hidup
Seandainya disirami terlalu banyak air, ia akan mati
Tetapi sekiranya terlalu sedikit air juga ia akan mati
Makanya ia memberikan gambaran
Bahawa dalam kehidupan ini
Kita tidak perlu terlalu berlebih-lebih namun jangan pula sampai ketidakcukupan
Yang sedang-sedang itu sudah bagus
Dan bersederhana adalah sangat dituntut
Halnya seperti apabila kita beremosi
Jangan diturut kata hati nanti mati
Jangan sampai melewati batas akal maka nanti kita akan gila
Perlu ada kesediaan dalam membuat pertimbangan
Harusnya berada dalam posisi yang sangat positif dan optimis
Tanpa membelakangkan sisi negatif
Pastinya yang dicari akan ditemui

Monday, October 3, 2011

KATA HATI

Saat hati ini berdetak,
Hanya Kau Yang Maha Mengetahui
Betapa kesusahan dan kesukaran itu
Bisa benar membuatkan hati ini tunduk dan patuh kepadaMu
Sungguh aku tidak bisa mencorakkan apa yang ku inginkan
Tanpa keizinan dari Mu
Dan aku jua tidak bisa merencanakan apa yang dirancang
Tanpa keberkatan dan rahmat dari Mu
Namun andai itu yang terbaik buatku
Aku pasti ada yang tersembunyi
Dan hikmah itu akan terbongkar jua

Friday, September 9, 2011

KASIH SAYANG

Emmm..nak mula dari mana yer. Entri ini ditulis dengan penuh emosi dan sendu.Bersempena hari raya yang penuh dengan berkat ini, saya memohon jutaan kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini sama ada secara sengaja atau tidak, zahir atau batin, nampak atau tidak nampak dan saya dengan setulus hati belajar untuk memaafkan mereka yang pernah melakukan kesilapan mahupun kesalahan kepada saya. Kenapa istilahnya 'belajar'? Sebab setiap hari saya masih belajar dan terus belajar dan memaafkan orang juga adalah sesuatu yang perlu dipelajari. Bukannya mudah untuk melupakan dan memaafkan mereka yang pernah membuatkan hati kita terluka tetapi belajar untuk memaafkan menjadikan kita seorang yang lebih tahu untuk berkasih sayang.

Kasih sayang ini sesuatu yang sangat subjektif..Bila berpasangan, selalu sangat ungkapan 'pasangan saya ni tak romantis', 'pasangan saya ni tak pandai nak luahkan kasih sayang', 'pasangan saya ni tak pernah cakap dia sayang saya' dan macam-macam lagi. Kalau berkeluarga ada pula yang cakap begini 'emmm...mak@ayah lebih sayangkan abang@kakak@adik lebih dari saya', kalau di sekolah pula 'cikgu A sayang dia sebab tu dia selalu dapat markah tinggi'. Macam-macam kan fiil dan sikap manusia bilal bercakap soal kasih sayang. Tapi hakikatnya kasih sayang itu subjektif dan ianya hanya dapat difahami apabila kita tahu untuk menyayangi orang lain dan bukan mengharapkan hanya orang menyayangi kita. Dan ungkapan perkataan dan tindakan hanyalah alat untuk melambangkan kasih sayang kita. So..motif entri hari ini marilah kita berkasih sayang sesama insan..Peace no war :)



Monday, August 1, 2011

Terkabulkah...

Wah..bila tengok tajuk entri macam besar je impiannya. Tapi hakikatnya memang iyer pun. Tak kisah lah apa orang nak kata. Yang penting setiap daripada kita mesti mempunyai impian @ wishlist. Seronoknya bila tengok semua orang ada wishlist masing-masing. Saya pun tak ketinggalan. Tapi tak semestinya semua yang kita impikan itu kita mampu untuk capai. Ukur baju biarlah padan dengan badan sendiri. Jangan sampai terlebih-terlebih hingga kita susah. Sebenarnya wishlist ni untuk menaikkan semangat menabung dan berjimat cermat. Jom kawan-kawan kita tengok apa yang saya idam-idamkan..hehehe:

Lumix GF2

Macbook Air

Samsung Galaxy Tab

HTC Incredible 'S'       


kalau tengok harga semua ribu riban. Tak kayo la makcik nampak gayanya. Huhhuhu.Tapi semua yang saya idamkan ni saya dah susun ikut keutamaan. Kalau tak dapat yang paling atas dapat yang paling bawah pun dah kira ok..Jom kita sama-sama menabung untuk mendapatkannya. Kalau Pakcik Sharil tahu, alamat den kono ceramah..:D

Berdua dan bertiga...

Salam,

Ramdhan muncul lagi kali ini. Alhamdulillah.Dapat juga saya bersama menempuhinya. Siapa tahu ajal kita bila melainkan DIA. Tahun ni puasa bertiga. Tahun lepas puasa bertiga juga tapi Nuh masih baby lagi. Sekarang Nuh dah semakin besar. Dah umur 1 tahun 7 bulan. Dah pandai macam-macam. Rasanya sangat mencabar puasa tahun ini sebab Nuh dah pandai tolong Umi di dapur. Huhuhuhu. Tapi suka sangat dah ada kawan nak sembang-sembang dapur. Hehehe. Doa saya tahun ini semoga segalanya berjalan dengan lancar. Puasa baru mula orang dah sibuk mencari baju raya..Ehemmm termasuk saya juga kot..Apapun selamat berpuasa
                                                                                                                          
Ni je gambar bertiga sempat tangkap
Nuh dan abi
Nuh dan Umi..Nuh baru lepas nangis

LITTLE BOY

Tajuk yang pendek tapi entry yang panjang. Saat saya dikurniakan cahaya mata, saya sangat teruja untuk menatapnya.Saya masih ingat saat dan ketika itu. Dia dilahirkan secara pembedahan. Hampir 24 jam lamanya air ketuban saya telah pecah namun tiada tanda-tanda dia menolak keluar. Saya hanya berdoa dan bertawakal kepada Allah. Dari satu wad ke satu wad saya dipindahkan tetapi yang saya alami hanyalah kesakitan akibat diperiksa untuk memastikan pintu rahim saya terbuka mengikut perkiraan yang betul. Tetapi dia masih jua tenang di dalam. Sehinggalah saya hampir terlelap mata, saya merasakan satu tindak balas yang amat sangat. Menangis saya saat itu. Kepada Allah tempat saya bermohon agar dipermudahkan. Zikir mengiringi kesakitan itu. Saya dipindahkan ke wad bersalin. 

Kita merancang Allah jua merancang namun perancangan Allah adalah yang terbaik. Saya yang dijangkakan bersalin normal didapati mempunyai gangguan kecil di bahagian injap jantung di mana terdapat ruang kecil yang terbuka di antara keduanya (Saya akan bercerita tentang ini di entry lain). Keadaan ini menyebabkan Dr menyarankan saya disuntik dengan suntikan epidural bagi mengelakkan saya mengalami kesesakan nafas sewaktu proses kelahiran berlaku. Bagi ibu yang pertama kali bersalin, hal ini amat menakutkan saya. Tambahan pula saya telah mebaca tentang kesan-kesan pengambilan suntikan ini. Lantas saya menolak saranan tersebut. Tapi Dr tidak berputus asa. Berulangkali mendatangi saya memohon agar saya menurunkan tandatangan bagi membolehkan suntikan dibuat. Namun saya degil.Lantas dipanggil Dr Pakar Bius (maaf saya lupa akan namanya). Perlahan-lahan diterangkan semula kepada saya kesan dan akibatnya. Jawapan saya biarlah suami yang membuat keputusan. Bersama dengannya saya membuat keputusan untuk bersetuju. Tapi ia bukan semudah yang saya sangka. Akhirnya mengalir juga air mata ini sewaktu suntikan itu dilakukan. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Saat itu saya sedar tanpa mak siapalah kerana mak adalah segalanya. Allah Maha Berkuasa. Saya tersedar dari tidur selepas suntikan diberikan apabila terdengar bunyi bising. Saat itu saya mendapati suami saya tiada di sini. Mungkin ingin mengambil udara panas di luar kerana suhu di dalam 'labour room' pada hemat saya menjangkaui suhu sejuk gigil yang amat sangat. Kasihan saya padanya. Jangankan pendingin hawa di sini, pendingin hawa kereta pun dia alah sekiranya dipasang agak kuat.

Rupanya Dr dan jururawat yang memeriksa mendapati denyutan jantung bayi saya semakin menurun. Dibimbangi anak tersebut mengalami kelemasan dalam perut Dr dengan segeranya mengarahkan saya dibawa ke bilik pembedahan untuk proses bersalin. Dalam hati saya begitu bimbang dan risau kerana saya tidak pernah menjangka bahawa saya akan bersalin melalui proses pembedahan sedangkan selama ini saya sihat dan normal begitu juga dengan bayi. Sekali lagi saya diarahkan untuk menandatangi surat kebenaran pembedahan. Tapi jawapan yang keluar "Tunggu suami saya". Marah benar jururawat tersebut. Nyawa anak lebih penting katanya. Saya tahu tapi saya mahu suami saya bersama dengan saya di saat-saat kritikal itu. Kata misi suami boleh tandatangan di bilik pembedahan. Saya kata tak mahu. Akhirnya disuruh rakan beliau mencari dan memanggil suami saya di luar. Cemas suami apabila mendengar cerita misi. Berat hati tapi apakan daya. Itulah perancangan Allah. Saya akhirnya dibedah dan saya masih terasa ngilunya saat perut saya dibelah dan dikoyak sehingga kini.

7 hari
1 tahun

Wednesday, May 11, 2011

CERITA PENDEK

Salam semua,

Saya masih di sini. Merenung blog ini setiap hari. banyak yang saya ingin luahkan dan kongsi bersama. Tapi saya manusia biasa. Mempunyai kekurangan dan kelemahan. Saya dibatasi oleh kekangan dan halangan yang tercipta dengan sendirinya apabila saya ingin mula menulis. Saya dibayangi oleh perasaan saya sendiri. Saya tidak pandai bermadah. Saya juga tidak bijak bermain kata. Saya bimbang gaya penulisan atau penceritaan saya kelak menimbulkan prasangka buruk sehingga menimbulkan fitnah yang kurang menyenangkan. Saya bimbang andai kata-kata saya atau perkataan saya bakal menyinggung hati mana-mana pihak. Saya juga risau bila mana cerita saya itu kelak akan di salahertikan. Segala keresahan dan kecelaruan ini timbul bila mana saya melihat begitu banyak sekali mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh para blogger hari ini. Dunia tanpa sempadan menyebabkan manusia lupa dan alpa. 

Saya mahu apa jua yang saya kongsikan semalam, hari ini dan masa hadapan meninggalkan seribu satu kenangan buat saya namun pada masa yang sama memberi manfaat pada semua. Saya tahu ini mungkin satu permulaan. Saya tidak menulis setiap hari walaupun saya mempunyai azam ini di awal tahun yang lalu. Namun blog ini akan tetap hidup sekalipun hanya sebulan sekali mahupun setahun sekali. Ia merupakan tanda aras kepada saya dalam bidang penulisan alam maya ini. Namun, walau apapun yang saya khuatiri saya akan tetap cuba menulis sebaik mungkin. Saya mahu menggunakan kekuatan jari menaip di atas papan kekunci di hadapan saya bagi menggantikan pena dan kertas dalam mencapai misi saya. I.allah.

Semoga kita bertemu lagi

Wednesday, January 12, 2011

CERITA TENTANG MEREKA II

Hari ni kita sambung semula cerita tentang program padanan perniagaan.Biarlah gambar yang bercerita.

Perjalanan hari pertama:

Puan-puan Linda (hahaha)


Bergambar dihadapan Koperasi Dagang Seni Malaysia


Saya sangat suka sebab akhirnya saya sampai juga di Kedai Epal Cawangan Puchong


Pengerusi Koperasi Dagang Seni Malaysia, berbangsa Cina tetapi sangat berjiwa besar membantu anggota koperasi dalam meningkatkan sosio ekonomi anggota melalui latihan jahitan dan seni kraf yang dinaungi oleh YM Puan Muda Pahang


Merenung masa depan yang belum pasti sambil menghayati keindahan alam semulajadi

Destinasi pertama  kami adalah Teluk Intan dan kami menginap di Hotel Anson. Lambang kemegahan rakyat Teluk Intan. Kata salah seorang sahabat "hakikatnya bangunan ini tidak mempunyai struktur yang kukuh. Untuk menutupnya maka dijadikan Menara Condong ini salah satu tempat yang menarik. Jadi dah pasti orang tidak akan menyalahkan sesiapa kalau apa-apa jadi dengan bangunan ni kan..hahaha". 
Walaupun sekadar bahan jenaka tapi kita fikir-fikirkanlah :D


HARI KEDUA:

Bersarapan di Mak Uda Cafe, memang sedap!!

Apa yang penting kerjasama :)





Di bawah ini menu tengah hari yang disediakan oleh Koperasi Maju Manik, Teluk Intan. 
Selamat menikmatinya.













Tuesday, January 11, 2011

CERITA TENTANG MEREKA

Sebenarnya ini adalah cerita tertunggak saya. Dari sehari ke sehari saya teramatlah ingin berkongsi cerita tentang perjalanan Program Padanan Perniagaan yang telah dianjurkan oleh pihak MKM kepada 15 buah koperasi terpilih di seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pemimpin koperasi tentang perniagaan yang boleh dikembangkan dan berpotensi dimajukan selain mewujudkan padanan jaringan perniagaan bagi mengembangkan lagi perniagaan koperasi di Malaysia. Jom tengok apa yang saya ada...

Hari pertama:


Bos Tn Hj Ramlan mempengerusikan mesyuarat terakhir sebelum sesi pendaftaran peserta


Bersungguh-sungguh nampaknya mendengar amanat yang terakhir sebelum terakhir dari bos


Sedikit keliru dengan senyuman dan aksi yang diberikan.Ikhlas ke tak tu :D


Gadis ayu penyeri kumbang-kumbang di tengah-tengah bunga di taman..hahaha


Ketekunan sebegini yang kita perlukan untuk mencapai integriti di kalangan penjawat awam :)



Gelagat para peserta semasa sesi pendaftaran


Itu adalah antara sebahagian gambar-gambar di waktu pagi semasa sesi pendaftaran. Cerita kita belum lagi berakhir tapi baru sahaja bermula. Perjalanan ini masih jauh...Al maklumlah program ini mengambil masa lebih kurang 8 hari. I.Allah nanti kita sambung lagi cerita ini di bahagian kedua dan yang seterusnya.

WELCOME TO UR DREAM

Salam,

Selamat Tahun Baru 2011. Semoga anda semua sihat dan gembira. Mungkin belum terlambat untuk saya ucapkan selamat datang kepada impian anda :D Saya fikir ramai yang akan tertanya apa azam dan impian untuk tahun baru ini. Saya ada banyak sekali azam yang dah dibawa dari tahun-tahun sebelumnya sampailah ke tahun ini..hehehe. Banyak kan kalau difikir-fikirkan. Tapi jangan risau. Selagi ada hayat dikandung badan, berusahalah anda untuk mencapainya. Apa yang pasti senarai azam saya tahun ini bertambah dengan adanya azam untuk mencuci blog saya ini dengan tulisan-tulisan yang ikut suka hati saya. Paling kurang seminggu sekali. Kalau dapat 2 hari sekali. Tapi yang amat bagus kalau saya dapat menulis sekurang-kurangnya sekali sehari.

Apa-apa pun jangan lupakan tanggungjawab anda sebagai seorang hamba kepada NYA, anak kepada kedua ibu bapa, isteri/suami kepada yang tersayang, pekerja kepada majikannya dan rakyat kepada pemerintah. Jauhi negatif tanamkan sifat positif. Cuba melihat dari sudut dan pandangan yang beza. Sementelah saya telah menghadiri kursus motivasi 3E bersama Dr HM Tuah Iskandar maka saya letakkan kata-kata semangatnya " Saya BAGUS, Saya HEBAT, Saya BEST". 




Sebelum terlewat, ingat bahawa setiap masa itu amat berharga. Sama ada di tahun lepas, tahun ini, atau akan datang, tidak kira apa pun azam atau cita-cita anda, masa tetap akan berlalu dan tidak dapat dikembalikan. Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, gunakanlah masa dengan sebaik mungkin. Pesanan dari penaja..:D