Salam semua,
Saya masih di sini. Merenung blog ini setiap hari. banyak yang saya ingin luahkan dan kongsi bersama. Tapi saya manusia biasa. Mempunyai kekurangan dan kelemahan. Saya dibatasi oleh kekangan dan halangan yang tercipta dengan sendirinya apabila saya ingin mula menulis. Saya dibayangi oleh perasaan saya sendiri. Saya tidak pandai bermadah. Saya juga tidak bijak bermain kata. Saya bimbang gaya penulisan atau penceritaan saya kelak menimbulkan prasangka buruk sehingga menimbulkan fitnah yang kurang menyenangkan. Saya bimbang andai kata-kata saya atau perkataan saya bakal menyinggung hati mana-mana pihak. Saya juga risau bila mana cerita saya itu kelak akan di salahertikan. Segala keresahan dan kecelaruan ini timbul bila mana saya melihat begitu banyak sekali mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh para blogger hari ini. Dunia tanpa sempadan menyebabkan manusia lupa dan alpa.
Saya mahu apa jua yang saya kongsikan semalam, hari ini dan masa hadapan meninggalkan seribu satu kenangan buat saya namun pada masa yang sama memberi manfaat pada semua. Saya tahu ini mungkin satu permulaan. Saya tidak menulis setiap hari walaupun saya mempunyai azam ini di awal tahun yang lalu. Namun blog ini akan tetap hidup sekalipun hanya sebulan sekali mahupun setahun sekali. Ia merupakan tanda aras kepada saya dalam bidang penulisan alam maya ini. Namun, walau apapun yang saya khuatiri saya akan tetap cuba menulis sebaik mungkin. Saya mahu menggunakan kekuatan jari menaip di atas papan kekunci di hadapan saya bagi menggantikan pena dan kertas dalam mencapai misi saya. I.allah.
Semoga kita bertemu lagi
Showing posts with label ME N MYSELF. Show all posts
Showing posts with label ME N MYSELF. Show all posts
Wednesday, May 11, 2011
Tuesday, January 11, 2011
WELCOME TO UR DREAM
Salam,
Selamat Tahun Baru 2011. Semoga anda semua sihat dan gembira. Mungkin belum terlambat untuk saya ucapkan selamat datang kepada impian anda :D Saya fikir ramai yang akan tertanya apa azam dan impian untuk tahun baru ini. Saya ada banyak sekali azam yang dah dibawa dari tahun-tahun sebelumnya sampailah ke tahun ini..hehehe. Banyak kan kalau difikir-fikirkan. Tapi jangan risau. Selagi ada hayat dikandung badan, berusahalah anda untuk mencapainya. Apa yang pasti senarai azam saya tahun ini bertambah dengan adanya azam untuk mencuci blog saya ini dengan tulisan-tulisan yang ikut suka hati saya. Paling kurang seminggu sekali. Kalau dapat 2 hari sekali. Tapi yang amat bagus kalau saya dapat menulis sekurang-kurangnya sekali sehari.
Apa-apa pun jangan lupakan tanggungjawab anda sebagai seorang hamba kepada NYA, anak kepada kedua ibu bapa, isteri/suami kepada yang tersayang, pekerja kepada majikannya dan rakyat kepada pemerintah. Jauhi negatif tanamkan sifat positif. Cuba melihat dari sudut dan pandangan yang beza. Sementelah saya telah menghadiri kursus motivasi 3E bersama Dr HM Tuah Iskandar maka saya letakkan kata-kata semangatnya " Saya BAGUS, Saya HEBAT, Saya BEST".
Sebelum terlewat, ingat bahawa setiap masa itu amat berharga. Sama ada di tahun lepas, tahun ini, atau akan datang, tidak kira apa pun azam atau cita-cita anda, masa tetap akan berlalu dan tidak dapat dikembalikan. Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, gunakanlah masa dengan sebaik mungkin. Pesanan dari penaja..:D
Monday, November 29, 2010
PERUBAHAN ITU...
Salam semua.Apa khabar? Doa saya moga semua di luar sana sihat dan berada di bawah lembayung rahmatNYA. Puasa yang dilalui sebulan lalu amat berharga dan telahpun meninggalkan kita. Ramai yang seronok ditinggalkannya sebab kata mereka tidak perlu berlapar dan dahaga.Tapi ramai juga yang bersedih memikirkan adakah sepanjang bulan tersebut berapa banyak amalan yang telah dilaksanakan. Bagi saya, ditinggalkannya membuatkan saya berfikir panjang.Dalam ertikata lain, saya sentiasa berfikir adakah saya telah melakukan yang terbaik? Adakah saya akan ketemu lagi Ramdhan ini di lain tahun? Adakah Ramadhan kali ini memberikan banyak perubahan dalam diri saya. Sungguh semua itu membuatkan saya amat merasa dukacita dan sedih.
Saya melalui Ramadhan kali ini dengan si comel kecil Nuh Shaddad. Ikhlas saya katakan banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya sepanjang Ramadhan ini. Saya ingin sekali memasak sepanjang bulan Ramadhan untuk suami tercinta tetapi akur bahawa ianya hanya berlaku dalam tempoh kurang dari 2 minggu. Alasannya Nuh Shaddad tidak mahu berenggang dengan saya. Bahkan juga turut tidak mahu ditinggalkan. Walaupun saya letakkan dia di dalam "walker" tetapi dia lebih senang berada di dalam dukungan saya. Mahu tidak mahu saya terpaksa juga mendukungnya kerana dia akan menangis sehingga tidak kedengaran suara selagi saya tidak mengangkat dan mendukungnya. Jadi adakah Nuh Shaddad harus dipersalahkan dalam hal saya tidak memasak? Jawapan paling pantas boleh diberikan "YA". Tetapi apabila saya fikir dan kenangkan semula, Nuh tidak seharusnya dipersalahkan kerana dia merupakan seorang bayi yang sedang membesar dan memerlukan perhatian. Lebih-lebih lagi Nuh merupakan anak yang menyusu susu saya sepenuhnya. Maka saya merasakan sayalah yang harus lebih efektif dan teratur.
Untuk mengaitkan tajuk saya dengan cerita yang saya tulis ini :D saya dengan senang hati menyatakan bahawa saya sedang menuju ke arah perubahan yang dimaksudkan. Berubah menjadi seorang yang lebih efektif dan teratur. Bagaimana saya mencapai misi menjadi seorang WAHM @ Working At Home Mom sekiranya saya tidak mula mendisiplinkan diri dengan masa yang ada.24 jam sangat pendek jika dibandingkan dengan kerja yang begitu banyak.Tetapi saya harus pandai mengaturnya. Alangkah berbahagianya menjadi seorang ibu yang dapat melihat anak-anaknya membesar di depan mata. Saya sangat bahagia sambil mata berkelip-kelip membaca coretan ibu-ibu yang berjaya membesarkan anak-anaknya tanpa perlu risau tentang keadaan anak di rumah pengasuh atau taska. Namun dalam masa yang sama masih boleh terus bekerja dan menambah pendapatan di samping membantu suami. Wah..wah..seronok kan apabila kita juga dapat menjadi ibu yang begitu. Sudah ramai wanita-wanita di luar sana yang menjadi ikon dan model yang boleh dicontohi.Saat saya menulis coretan ini sudah tergambar di ruang layar di hadapan komputer saya ini wajah Nuh Shaddad yang sangat gembira berkepit bersama UMInya di rumah.Moga-moga impian saya ini akan tercapai.Doakan ye sahabat semua.
Untuk mengaitkan tajuk saya dengan cerita yang saya tulis ini :D saya dengan senang hati menyatakan bahawa saya sedang menuju ke arah perubahan yang dimaksudkan. Berubah menjadi seorang yang lebih efektif dan teratur. Bagaimana saya mencapai misi menjadi seorang WAHM @ Working At Home Mom sekiranya saya tidak mula mendisiplinkan diri dengan masa yang ada.24 jam sangat pendek jika dibandingkan dengan kerja yang begitu banyak.Tetapi saya harus pandai mengaturnya. Alangkah berbahagianya menjadi seorang ibu yang dapat melihat anak-anaknya membesar di depan mata. Saya sangat bahagia sambil mata berkelip-kelip membaca coretan ibu-ibu yang berjaya membesarkan anak-anaknya tanpa perlu risau tentang keadaan anak di rumah pengasuh atau taska. Namun dalam masa yang sama masih boleh terus bekerja dan menambah pendapatan di samping membantu suami. Wah..wah..seronok kan apabila kita juga dapat menjadi ibu yang begitu. Sudah ramai wanita-wanita di luar sana yang menjadi ikon dan model yang boleh dicontohi.Saat saya menulis coretan ini sudah tergambar di ruang layar di hadapan komputer saya ini wajah Nuh Shaddad yang sangat gembira berkepit bersama UMInya di rumah.Moga-moga impian saya ini akan tercapai.Doakan ye sahabat semua.
Nuh tidur selepas menangis
Thursday, August 12, 2010
Pertamanya...
Salam semua...
Permulaan Ramadhan ini merupakan permulaan yang terbaik untuk saya. Ini kerana saya telah lama bercita-cita untuk mengembangkan lagi bakat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. Al kisahnya bakat yang saya ada ini tidaklah seberapa tetapi mungkin berguna pada saya dan anda di kemudian hari. Lama sudah saya berkeinginan untuk memiliki sebuah mesin jahit. Semuanya bermula sebelum saya berkahwin lagi. Tapi sudah menjadi adat, zaman menjadi 'student' seringkali kekeringan. Oleh yang demikian, sudah pasti keinginan dan kehendak itu terkubur tetapi tidak mati. Cumanya yang ada hanyalah sebuah impian yang tidak pasti masih boleh digapai atau tidak. Melangkah ke alam kerjaya membuatkan saya berhasrat untuk memenuhi setiap kehendak saya yang tidak kesampaian. Tapi siapa kita untuk menghalang kuasaNYA. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancangan. Namun saya amat yakin dan pasti, minta dan mohonlah akan tetap dipenuhiNYA. Cara dan bagaimana pemberian tersebut, hanya DIA lah yang mengetahui.
Maka, beberapa bulan sebelum bermulanya Ramadhan ini, hasrat untuk memiliki mesin jahit menjadi sangatlah berkobar-kobar. Permulaannya hanya untuk menghadiri kursus jahitan. Mempunyai sahabat yang sangat bercita-cita membuatkan saya terfikir, mengapa tidak saya pun begitu. Semangatnya dan keazamannya membuatkan saya terus beralih kepada membeli mesin jahit. Mengapa saya berubah fikiran? Ya, sebetulnya saya tidak pasti antara keperluan dan kehendak. Tetapi atas dasar minat yang ada disamping berfikir pada suatu ketika mungkin ia menjadi bahan yang sangat penting maka saya mulakan pencarian saya. Pelbagai maklumat saya dapat sama ada melalui laman sesawang mahupun 'in-person'. Saya mula mencari model terbaik yang bersesuaian dengan modal yang saya. Pencarian saya tidak keseorangan. Pandangan suami tercinta serta rakan-rakan saya perolehi. Setelah berbincang dengan Encik Suami maka saya membuat keputusan membeli sebuah mesin berjenama "Brother". Sungguhpun ketika pilihan-pilihan dibuat, mesin jenama epal model "janome 2049" menjadi keutamaan, Tetapi saya akur...
Ini rupa mesin jahit epal model "Janome 2049". Harga memang boleh tahan. Ribu-ribu juga la.Tapi fungsi yang pelbagai ditawarkan bersama dengan pakej kelas jahitan memang sangat menawan hati. Walaupun begitu, saya terpaksa memilih yang terbaik di kalangan yang terbaik. Hehehe..jadi..jumpa anda dalam projek jahitan saya yang akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)



