Friday, September 9, 2011

KASIH SAYANG

Emmm..nak mula dari mana yer. Entri ini ditulis dengan penuh emosi dan sendu.Bersempena hari raya yang penuh dengan berkat ini, saya memohon jutaan kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini sama ada secara sengaja atau tidak, zahir atau batin, nampak atau tidak nampak dan saya dengan setulus hati belajar untuk memaafkan mereka yang pernah melakukan kesilapan mahupun kesalahan kepada saya. Kenapa istilahnya 'belajar'? Sebab setiap hari saya masih belajar dan terus belajar dan memaafkan orang juga adalah sesuatu yang perlu dipelajari. Bukannya mudah untuk melupakan dan memaafkan mereka yang pernah membuatkan hati kita terluka tetapi belajar untuk memaafkan menjadikan kita seorang yang lebih tahu untuk berkasih sayang.

Kasih sayang ini sesuatu yang sangat subjektif..Bila berpasangan, selalu sangat ungkapan 'pasangan saya ni tak romantis', 'pasangan saya ni tak pandai nak luahkan kasih sayang', 'pasangan saya ni tak pernah cakap dia sayang saya' dan macam-macam lagi. Kalau berkeluarga ada pula yang cakap begini 'emmm...mak@ayah lebih sayangkan abang@kakak@adik lebih dari saya', kalau di sekolah pula 'cikgu A sayang dia sebab tu dia selalu dapat markah tinggi'. Macam-macam kan fiil dan sikap manusia bilal bercakap soal kasih sayang. Tapi hakikatnya kasih sayang itu subjektif dan ianya hanya dapat difahami apabila kita tahu untuk menyayangi orang lain dan bukan mengharapkan hanya orang menyayangi kita. Dan ungkapan perkataan dan tindakan hanyalah alat untuk melambangkan kasih sayang kita. So..motif entri hari ini marilah kita berkasih sayang sesama insan..Peace no war :)



Monday, August 1, 2011

Terkabulkah...

Wah..bila tengok tajuk entri macam besar je impiannya. Tapi hakikatnya memang iyer pun. Tak kisah lah apa orang nak kata. Yang penting setiap daripada kita mesti mempunyai impian @ wishlist. Seronoknya bila tengok semua orang ada wishlist masing-masing. Saya pun tak ketinggalan. Tapi tak semestinya semua yang kita impikan itu kita mampu untuk capai. Ukur baju biarlah padan dengan badan sendiri. Jangan sampai terlebih-terlebih hingga kita susah. Sebenarnya wishlist ni untuk menaikkan semangat menabung dan berjimat cermat. Jom kawan-kawan kita tengok apa yang saya idam-idamkan..hehehe:

Lumix GF2

Macbook Air

Samsung Galaxy Tab

HTC Incredible 'S'       


kalau tengok harga semua ribu riban. Tak kayo la makcik nampak gayanya. Huhhuhu.Tapi semua yang saya idamkan ni saya dah susun ikut keutamaan. Kalau tak dapat yang paling atas dapat yang paling bawah pun dah kira ok..Jom kita sama-sama menabung untuk mendapatkannya. Kalau Pakcik Sharil tahu, alamat den kono ceramah..:D

Berdua dan bertiga...

Salam,

Ramdhan muncul lagi kali ini. Alhamdulillah.Dapat juga saya bersama menempuhinya. Siapa tahu ajal kita bila melainkan DIA. Tahun ni puasa bertiga. Tahun lepas puasa bertiga juga tapi Nuh masih baby lagi. Sekarang Nuh dah semakin besar. Dah umur 1 tahun 7 bulan. Dah pandai macam-macam. Rasanya sangat mencabar puasa tahun ini sebab Nuh dah pandai tolong Umi di dapur. Huhuhuhu. Tapi suka sangat dah ada kawan nak sembang-sembang dapur. Hehehe. Doa saya tahun ini semoga segalanya berjalan dengan lancar. Puasa baru mula orang dah sibuk mencari baju raya..Ehemmm termasuk saya juga kot..Apapun selamat berpuasa
                                                                                                                          
Ni je gambar bertiga sempat tangkap
Nuh dan abi
Nuh dan Umi..Nuh baru lepas nangis

LITTLE BOY

Tajuk yang pendek tapi entry yang panjang. Saat saya dikurniakan cahaya mata, saya sangat teruja untuk menatapnya.Saya masih ingat saat dan ketika itu. Dia dilahirkan secara pembedahan. Hampir 24 jam lamanya air ketuban saya telah pecah namun tiada tanda-tanda dia menolak keluar. Saya hanya berdoa dan bertawakal kepada Allah. Dari satu wad ke satu wad saya dipindahkan tetapi yang saya alami hanyalah kesakitan akibat diperiksa untuk memastikan pintu rahim saya terbuka mengikut perkiraan yang betul. Tetapi dia masih jua tenang di dalam. Sehinggalah saya hampir terlelap mata, saya merasakan satu tindak balas yang amat sangat. Menangis saya saat itu. Kepada Allah tempat saya bermohon agar dipermudahkan. Zikir mengiringi kesakitan itu. Saya dipindahkan ke wad bersalin. 

Kita merancang Allah jua merancang namun perancangan Allah adalah yang terbaik. Saya yang dijangkakan bersalin normal didapati mempunyai gangguan kecil di bahagian injap jantung di mana terdapat ruang kecil yang terbuka di antara keduanya (Saya akan bercerita tentang ini di entry lain). Keadaan ini menyebabkan Dr menyarankan saya disuntik dengan suntikan epidural bagi mengelakkan saya mengalami kesesakan nafas sewaktu proses kelahiran berlaku. Bagi ibu yang pertama kali bersalin, hal ini amat menakutkan saya. Tambahan pula saya telah mebaca tentang kesan-kesan pengambilan suntikan ini. Lantas saya menolak saranan tersebut. Tapi Dr tidak berputus asa. Berulangkali mendatangi saya memohon agar saya menurunkan tandatangan bagi membolehkan suntikan dibuat. Namun saya degil.Lantas dipanggil Dr Pakar Bius (maaf saya lupa akan namanya). Perlahan-lahan diterangkan semula kepada saya kesan dan akibatnya. Jawapan saya biarlah suami yang membuat keputusan. Bersama dengannya saya membuat keputusan untuk bersetuju. Tapi ia bukan semudah yang saya sangka. Akhirnya mengalir juga air mata ini sewaktu suntikan itu dilakukan. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Saat itu saya sedar tanpa mak siapalah kerana mak adalah segalanya. Allah Maha Berkuasa. Saya tersedar dari tidur selepas suntikan diberikan apabila terdengar bunyi bising. Saat itu saya mendapati suami saya tiada di sini. Mungkin ingin mengambil udara panas di luar kerana suhu di dalam 'labour room' pada hemat saya menjangkaui suhu sejuk gigil yang amat sangat. Kasihan saya padanya. Jangankan pendingin hawa di sini, pendingin hawa kereta pun dia alah sekiranya dipasang agak kuat.

Rupanya Dr dan jururawat yang memeriksa mendapati denyutan jantung bayi saya semakin menurun. Dibimbangi anak tersebut mengalami kelemasan dalam perut Dr dengan segeranya mengarahkan saya dibawa ke bilik pembedahan untuk proses bersalin. Dalam hati saya begitu bimbang dan risau kerana saya tidak pernah menjangka bahawa saya akan bersalin melalui proses pembedahan sedangkan selama ini saya sihat dan normal begitu juga dengan bayi. Sekali lagi saya diarahkan untuk menandatangi surat kebenaran pembedahan. Tapi jawapan yang keluar "Tunggu suami saya". Marah benar jururawat tersebut. Nyawa anak lebih penting katanya. Saya tahu tapi saya mahu suami saya bersama dengan saya di saat-saat kritikal itu. Kata misi suami boleh tandatangan di bilik pembedahan. Saya kata tak mahu. Akhirnya disuruh rakan beliau mencari dan memanggil suami saya di luar. Cemas suami apabila mendengar cerita misi. Berat hati tapi apakan daya. Itulah perancangan Allah. Saya akhirnya dibedah dan saya masih terasa ngilunya saat perut saya dibelah dan dikoyak sehingga kini.

7 hari
1 tahun